Selamat Datang Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak & Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin! Saya mempunyai kepercayaan terhadap pimpinan YAB berdua! Sekarang tiba masanya kita bangunkan semula negara kita tercinta!
Masanya sudah tiba untuk kita membina semula Malaysia sejak persaraan Tun Dato'Seri Dr.Mahathir Mohamad. Kita telah hilang lebih dari lima tahun, marilah kita mulakan pembangunan semula dari segi infrastruktur and ekonomi! Kita perlu berbelanja untuk projek mega yang diperlukan, kita perlu membina jambatan ke Singapura, kita memerlukan tambahan keretapi elektrik, kita perlu bina semula! Saya percaya bahawa Dato Seri Najib & Tan Sri Muyiddin akan kembalikan semula Malaysia yang Cemerlang, Kaya & Moden yang dahulunya berada di peta antarabangsa!