Friday, 30 April 2010

Pulau Pinang Kerusi Cina

Tiba-Tiba pada tahun 2010 dikatakan bahawa jumlah kaum bukan Cina telah meningkat dan mencetus bilangan kaum Cina. Bagi saya in kes penipuan dan cerita 'kepala hotak!'. 'Si Mangkuk' yang tak pernah ke sekolah pun akan terperanjat dengan berita baru ini! Mana datangnya kaum bukan Cina dengan cara begitu sponstan? Kerja siapa ni?

In mesti satu rancangan yang sangat kotor untuk mengambil kerusi Ketua Menteri !!! Bilangan kaum Bukan Cina ni ya lah kerja setengah orang dalaman yang telah menjemput kaum bukan Cina untuk masuk Pulau Pinang dari negeri lain. Jangan cuba cerita penipuan ini untuk bermain dengan isu perkauman.

Hanya satu kerusi Ketua Menteri dipegang oleh kaum Cina, so tak payah lah nak main dengan Api. PM yang saya sanjungi melaungkan 'Satu Malaysia' tetepi ada di kalangan orangnya sendiri yang cuba membunuh konsep Satu Malaysia. Orang-orang ini lah yang patut dibuang dalam ISA termasuk Dato'Paduka Ibrahim Ali.

Sila lihat lah diri kau sendiri menghabiskan seumur hayat dengan isu kaypoh hal orang lain & isu moral. Setiap hari Kaypoh, Kaypoh dan Kaypoh! Ada PhD Kaypoh hal peribadi dan kehidupan orang lain, itu je! Sedangkan kaum lain buat kerja! Apakah Producktiviti anda bila menghabiskan seumur hayat dengan isu kaypoh hal & kehidupan orang lain??? Tepuk dada tanya selera, Kaum mana yang menjana ekonomi Malaysia?

Nasihat saya kepada orang dalaman ini, Janganlah Biadap Terhadap Konsep Satu Malaysia Oleh Perdana Menteri Yang Disanjungi, Dato'Seri Najib Tun Abdul Razak! Semua Bangsa boleh hidup di mana sahaja tetapi jangan soal kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sebab ianya hanya satu kerusi Cina sahaja. Hanya Parti Gerakan atau MCA yang boleh memegang Kerusi Ini.

HIDUP DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK !!!